Wednesday, August 27, 2008

Bersyukurlah...

Hari ini aku pulang lewat kerana selepas tugasan mengajar, aku harus menyertai mesyuarat untuk Program Malam Munajat Dan Pohon Restu Ibu Bapa yang akan dilaksanakan pada malam lusa... Sesampai sahaja di rumah, anak-anak sudahpun terlebih dahulu tiba di rumah dihantar oleh van sekolah. Kepulanganku di sambut di pintu kereta dengan pelbagai kerenah, keletah dan cerita yang tak putus-putus... Masuk ke rumah, tak sempat lagi untuk duduk-duduk menghilangkan penat.... terus solat, menuju ke dapur untuk menyediakan makan malam untuk keluarga... kemudian angkat pakaian, hidangkan makanan, kemas itu-ini... dahpun maghrib... Lepas solat, pastikan anak-anak mengaji, buat kerja rumah, dan menyediakan persiapan untuk ke sekolah esok... Jantungku terasa pantas berdegup kerana terlalu penat dan mengah... tetapi, aku harus kuat-kuatkan diri kerana anak-anak masih kecil dan masih memerlukan aku.Aku perlu untuk terus sihat walau dalam apa keadan sekalipun apatah lagi suamiku bertugas jauh dari tempat tinggalku, maka urusan anak-anak memang seratus peratus terletak di bahuku... Jadi, aku harus untuk sentiasa kuat dan sihat... Aku tak mahu mengeluh... Malah, sewajarnya aku harus memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana diberi kesempatan untuk mempunyai keluarga yang bahagia, anak-anak yang baik... kehidupan yang sempurna... Sesungguhnya keletihan dan kelelahan ini bererti aku telah melaksanakan tanggung jawab dan menunaikan amanah sepanjang hari.Dan, hidup akan lebih bahagia jika kita dapat menikmati apa yang kita miliki...Maka jauh di sudut hati, aku memujuk diri..."bersyukurlah untuk masa-masa sulit dan kesukaran yang terpaksa ditempuhi kerana saat-saat itu menjadikan kita manusia yang kuat. Bersyukurlah untuk segala keterbatasan kita, kerana hal itu memberikan kita kesempatan untuk berkembang. Bersyukurlah untuk setiap tentangan dan cabaran baru kerana itu akan menjadikan kita lebih dewasa.... Bersyukurlah untuk masalah-masalah dan kesukaran-kesukaran kerana itu semua akan menjadi satu keberkatan dan kekuatan!"

1 comment:

lovecupcakes said...

Dear Izah..
Walaupun lelah... sebagai seorang wanita, itulah cabaran dalam membesarkan anak2... sekarang di ibaratkan kita seperti menanam sepohon pokok... yang perlu disemai, dibaja, disiram, dibuang segala ulat2 / serangga perosak... hasilnya akan kita dapat dikemudian hari, bila pokok mula berbuah... buah yang ranum dan segar... saat itu barulah kita puas dapat merasa kemanisan buah bersama2 suami tercinta...