Tuesday, September 2, 2008

Cerita Seekor Kerang

Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengaduh pada ibunya kerana sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembik. "Anakku," kata sang ibu sambil bercucuran air mata, "Tuhan tidak memberikan pada kita bangsa kerang satu tanganpun, jadi Ibu tak dapat menolongmu mengeluarkan pasir itu. Memang ia amat sakit sekali, ibu tahu anakku.Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam."

"Kuatkan hatimu.Jangan terlalu lincah lagi.Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan nyeri yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang boleh kau perbuat", kata ibunya dengan sendu dan lembut.

Anak kerangpun megikut nasihat ibunya.Ada hasilnya, tetapi rasa sakit bukan alang kepalang. Kadang-kala ditengah kesakitannya, ia meragui nasihat ibunya.

Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disadarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakitpun makin berkurang.Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar.

Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh mengilau, dan berharga mahalpun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.

Cerita diatas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahwa penderitaan adalah lorong transendental untuk menjadikan"kerang biasa" menjadi "kerang luar biasa". Kerana itu dapat dipertegas bahawa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang biasa" menjadi"orang luar biasa".

So..sahabatku, mungkin saat ini kamu sedang mengalami penolakan, kekecewaan, patah hati, atau terluka krn orang-orang disekitar kamu. Atau mungkin kerana kegagalan-kegagalan yang kamu lalui...cubalah utk tetap tersenyum dan katakan di dalam hatimu.."air mataku diperhitungkan Tuhan..dan penderitaanku ini akan mengubah diriku menjadi mutiara2..."

No comments: