
mutiara indah dari hati
Jika dunia ini persinggahan, marilah kita sama-sama sediakan segala bekalan kerana sesungguhnya, kita cuma ada SATU PERSINGGAHAN... Salam Sayang dari hati...
Monday, January 2, 2012
Salam Perjuangan...
Tuesday, September 23, 2008
Amanat
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..
ke dalam air begitu saja..
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorg..
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..
jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja..
kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..
jika kamu menadah air biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak..
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..
begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah seadanya..
janganlah kamu terlalu mengaguminya..
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..
sedangkan jika kamu memaafkannya..
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..
jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
mengenyangkan..berkhasiat..
mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan..
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
kamu akan menyesal..
begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..
menyayangimu..mengasihimu..
mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain..
terlalu mengejar kesempurnaan..
kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain..
kamu juga akan menyesal..
"Bersyukur dan Redha dengan apa yang dikurniakan olehNya...Alhamdulillah
Friday, September 19, 2008
Rencana Tuhan Pasti Indah
Friday, September 12, 2008
Bicaralah Dengan Bahasa Hati
Tak ada musuh yang tak dapat ditakluki oleh cinta.Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang.Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan.Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan.Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran.Semua itu haruslah berasal dari hati kita.
Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati juga.Kehebatan seseorang bukan semata-mata kerana cantiknya rupa paras, pejalnya otot tubuh dan bijaknya otak kita, namun juga kerana betapa lembutnya hati kita dalam menjalani segala sesuatu.
Kita tak akan dapat menghentikan tangisan seorang bayi hanya dengan merangkulnya dalam lengan yang kuat. Atau, memujuknya dengan berbagai gula-gula dan kata-kata manis. Kita harus mendakapnya hingga dia merasakan detak jantung yang tenang jauh di dalam dada kita… Merasai betapa lembutnya kasih-sayang kita.
Mulailah dengan melembutkan hati sebelum memberikannya kepada mereka di sekeliling anda.
Tuesday, September 9, 2008
Setiap Hari Adalah Hadiah Daripada Allah SWT
Di dalam sebuah bilik wad yang terdapat 2 katil di sebuah hospital yang terkemuka, tinggallah 2 orang pesakit kanser yang sudah tua sedang mendapat rawatan rapi di situ. Seorang pesakit hanya mampu terbaring di katil, namanya Pak Cik Amin, mana kala seorang lagi di tempatkan di katil sebelah tingkap bernama Pak Cik Rizal.Setiap hari Pak Cik Rizal akan duduk-duduk di tepi tingkap menyedut udara segar dari luar dan menikmati pemandangan luar yang luas dan bebas.
Pak Cik Amin tidak mampu berbuat apa-apa di katilnya selain daripada mengenangkan peristiwa-peristiwa yang telah dilaluinya, perniagaannya yang bangkrap,keluarganya yang menyisihkannya, dan kesedihan-kesedihan yang ditanggungnya sendirian. Kadang-kala dia hanya mampu mengeluh dan menangis tersedu-sedu.
Melihatkan hal itu, Pak Cik Rizal selalu menghiburkannya dengan cerita-cerita dari pemandangan luar tingkap yang dapat disaksikannya. Setiap hari Pak Cik Rizal bercerita tentang kolam yang biru, tentang itik-itik yang berenang di kolam, tentang ikan-ikan yang melompat-lompat, tentang awan yang berbentuk dalam pelbagai bentuk,tentang pokok-pokok yang menghijau, tentang bunga-bunga yang berwarni-warni.... Dan banyak cerita-cerita menarik yang disaksikan di luar tingkap menjadi penghibur mereka berdua. Kadang-kala Pak Cik Rizal bercerita tentang pasangan suami-isteri yang sudah lanjut usia tetapi si isteri sedang sarat mengandungkan anak sedang bergandingan tangan berjalan di tepi kolam, kisah seorang pak ck yang yang tertanggal gigi palsunya ketika makan bungkusan ayam KFC, kisah budak-budak sekolah yang berlari-lari mengejar rama-rama dan pelbagai cerita yang lucu dan menarik... Cerita-cerita itulah yang menjadi hiburan mereka saban hari....
Pada satu subuh yang hening,jururawat yang memeriksa pesakit terkejut apabila mendapati Pak Cik Rizal sudahpun menghembuskan nafas terakhirnya dalam tidur yang panjang... Pak Cik Amin sungguh sedih dan berasa kehilangan... Dia meminta izin jururawat untuk berpindah katil agar dapat duduk di tepi tingkap supaya dia dapat menjengok keluar untuk menghiburkan hati.
Setelah katilnya dipindahkan, dia mula memandang keluar tingkap. Tetapi alangkah terkejutnya dia apabila mendapati pemandangan di luar tingkap itu sungguh gelap dan hanya terdapat tembok-tembok bangunan yang tinggi dan menyekat terus pemandangan. Dalam hatinya berbaur berjuta persoalan...
EPILOG
Dalam keadaan apa sekalipun, kita sebenarnya mampu untuk rasa bahagia dan membahagiakan orang lain. Kerana kegembiraan dan kebahagiaan sebenarnya datang dari jauh di sudut hati, lahir dari dalam minda dan gambaran pemikiran... Pemikiran kitalah sebenarnya yang membentuk pandangan kita terhadap hidup. Usaha membahagiakan orang lain adalah usaha yang sangat murni. Setiap hari adalah hari yang indah. Setiap hari adalah hadiah daripada Allah SWT untuk kita hargai sebaik-baiknya....
Wednesday, September 3, 2008
Setiap Hari Adalah Hari Yang Indah
Minggu berganti minggu, aku terus menjadi pengunjung setia kedai bunga Ayu. Namun selang empat bulan kemudian, Ayu sudah tidak lagi kelihatan menyambut kedatanganku. Aku tidak dapat temui Ayu di mana-manapun lagi. Hatiku tertanya-tanya, “ke mana perginya Ayu.” Entah mengapa, aku tiba-tiba rindu pada kemesraan yang terpancar dari sinar mata Ayu. Aku juga rindu pada celotehnya tentang bunga-bungaan di kedainya itu. Aku rindu untuk mendengar cerita Ayu tentang bunga mawar merah simbol cinta agung, tentang mawar peach simbol penghargaan, mawar putih lambang kepercayaan, bunga carnation untuk mengubati kesedihan, bunga matahari sebagai tanda perhatian, bunga tulip untuk mengungkapkan rasa cinta yang mula berputik…. Aku juga rindu untuk mendengar cerita Ayu tentang keseronokan mengembirakan seseorang dengan bunga…. Entah mengapa, tiba-tiba aku merasakan satu kehilangan tanpa Ayu di kedai bunga itu.
Aku terkedu apabila diberitahu oleh pembantu kedai bunga itu bahawa Ayu sekarang sedang berperang dengan maut! Ayu baru saja menjalani pembedahan membuang rahimnya kerana kanser tahap tiga dan sekarang masih dalam keadaan kritikal di hospital. Perlahan-lahan aku panjatkan doa semoga Ayu cepat sembut dan tabah menghadapi ujian ini.
Tiga bulan kemudian, sewaktu aku mengunjungi kedai bunga itu, aku seakan tidak percaya apabila melihat Ayu telah kembali berada di kedai bunganya. Ayu masih seperti selalu. Menyapaku dengan mesra. Ayu masih seperti dulu. Tidak pernah jemu berceloteh tentang bunga-bunganya … Aku seolah tidak dapat mengesan ada kesakitan dari riak wajahnya. Yang kuihat, Ayu adalah seorang wanita tabah, wanita cekal yang cukup positif memandang hidup. Aku bertanyakan kepadanya, bagaimana dia menghadapi semua ini… Kata Ayu, “Kerana aku memilih untuk hidup.” Katanya lagi, “Pasukan pakar bedah itu memang hebat. Mereka terus-terusan mengatakan bahawa aku akan sembuh. Tapi, sewaktu mereka mahu memberikan ubat pelali sebelum memulakan pembedahan,aku melihat ekspresi wajah dan pancaran mata doktor dan jururawat seolah berkata “Orang ini akan mati.” Aku tahu,aku harus mengambil tindakan. Aku lantas mengatakan kepada mereka, aku memilih untuk hidup. Jadi, tolong melakukan pembedahan terhadapku seperti selayaknya orang yang akan hidup beribu tahun lagi, bukannya orang yang akan mati.”
Ayu dapat terus hidup kerana keizinan Allah s.w.t, kepakaran para doktor, dan juga kerana sikapnya yang mengagumkan. Aku belajar dari Ayu bahawa setiap hari kita dapat memilih apakah kita akan menikmati hidup atau membencinya. Seperti Ayu, dia seorang yang cukup hebat. Baginya, kehidupan ini terlalu berharga dan sangat berharga. Setiap waktu, dia akan menghargai dan menyayangi kehidupannya. Dia sentiasa gembira kerana dapat menghabisi hidup dengan mengembirakan orang lain dengan bunga-bunganya. Keharuman, kesegaran dan keindahan bunga-bunga adalah lambang kehidupan, pengharapan dan kegembiraan yang ingin dikongsikan bersama orang lain….
Sesungguhnya hidup adalah sebuah pilihan. Saat kita membuang seluruh masalah, kita sebenarnya memilih untuk menghadapi kehidupan dengan senyuman. Setiap keadaan adalah sebuah pilihan. Kita memilih bagaimana untuk bertindak balas terhadap semua keadaan. Kitalah yang memilih untuk berada dalam keadaan yang baik atau buruk. Semua itu adalah pilihan kita.
Setiap pagi, saat aku bangun dari tidur, aku akan berkata pada diri bahawa, aku punya dua pilihan hari ini. Aku boleh memilih sama ada untuk berada di dalam suasana yang baik atau sebaliknya. Aku selalu memilih untuk berada dalam suasana yang baik. Setiap kali sesuatu yang tidak diingini terjadi, aku belajar untuk mencari hikmat di sebalik semua kejadian. Aku selalu memilih untuk belajar dari hal itu. Setiap kali ada seseorang menyampaikan keluhan, aku akan cuba mencari sudut positifnya. Kerana apapun yang kita rasai dan alami adalah sebenarnya bergantung kepada apa yang kita percayai. Jika kita mahukan yang positif, yang baik dan yang membahagiakan,kita harus memikirkan tentangnya dan menuju ke arah apa yang kita fikirkan…
Dan, aku akan selalu menghiasi kamar dengan kuntuman anggerik kerana anggerik adalah lambang semangat untuk hidup dengan lebih berani!
Tuesday, September 2, 2008
Cerita Seekor Kerang
"Kuatkan hatimu.Jangan terlalu lincah lagi.Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan nyeri yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang boleh kau perbuat", kata ibunya dengan sendu dan lembut.
Anak kerangpun megikut nasihat ibunya.Ada hasilnya, tetapi rasa sakit bukan alang kepalang. Kadang-kala ditengah kesakitannya, ia meragui nasihat ibunya.
Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disadarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakitpun makin berkurang.Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar.
Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh mengilau, dan berharga mahalpun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.
Cerita diatas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahwa penderitaan adalah lorong transendental untuk menjadikan"kerang biasa" menjadi "kerang luar biasa". Kerana itu dapat dipertegas bahawa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang biasa" menjadi"orang luar biasa".
So..sahabatku, mungkin saat ini kamu sedang mengalami penolakan, kekecewaan, patah hati, atau terluka krn orang-orang disekitar kamu. Atau mungkin kerana kegagalan-kegagalan yang kamu lalui...cubalah utk tetap tersenyum dan katakan di dalam hatimu.."air mataku diperhitungkan Tuhan..dan penderitaanku ini akan mengubah diriku menjadi mutiara2..."